(Pls visit us at http://grinmamablues.blogspot.com for recent updates.. kotohuadan)

Wednesday, February 13, 2008

What are they saying?

And we trusted them to rule the country???
Read on..


UMNO-Barisan Nasional Members of Parliament Question in Parliament


taken from http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-29102007.pdf - page143-144.

Tuan Syed Hood bin Syed Edros [Parit Sulong]:Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara tentang Kementerian Pelajaran iaitu sekolah-sekolah mubaligh seperti Convent, La Salle, Methodist dan sebagainya. Saya difahamkan Lembaga Pengarah di sekolah-sekolah ini sebahagiannya ditadbir dari gereja-gereja di luar negara seperti di Vatican City. Saya juga difahamkan permohonan untuk membina surau
di sebahagian sekolah-sekolah ini terpaksa mendapat kebenaran daripada Lembaga Pengarah
yang mana Lembaga Pengarah ini sebahagiannya ditadbir oleh gereja.

Jadi amat memalukanlah, bagi diri saya, tentang pentadbiran sekolah-sekolah ini yang
masih lagi dikawal oleh pihak gereja. Begitu juga saya difahamkan tentang iklim sekolah-sekolah
tersebut, banyak ibu bapa Islam menghantar anak-anak mereka ke sana, mereka kompelin
sebab ada kalanya sekolah dimulakan dengan lagu-lagu gereja. Ini saya tidak tahu benar atau
tidak, tetapi ia apa yang saya dapat daripada ibu bapa sendiri tetapi yang jelas di sekolahsekolah
ini terpampang simbol-simbol agama. Saya rasa kecewa di dalam negara Islam,
Malaysia ini, kalau saya pergi ke sekolah convent, ada terpampang patung St. Mary di depandepan
sekolah convent...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun]

Tuan Syed Hood bin Syed Edros [Parit Sulong]: Silakan Yang Berhormat bagi Sri
Gading.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Sri
Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bagi saya sudah tidak terkejut, Yang
Berhormat bagi Parit Sulong, cerita ini... [Disampuk] Bukan soal biasa. Soalnya kenapa boleh
berlaku seperti ini? Satu. Hari Raya yang lepas, saya diberitahu oleh seorang bapa, waktu
Aidilfitri disambut, sekolah jenis-jenis ini tidak ditutup. Terima kasih.

Tuan Syed Hood bin Syed Edros [Parit Sulong]: Bukan sahaja patung, tetapi Ahli-ahli
Yang Berhormat pergilah, tengoklah salib Kristian diletakkan di depan-depan sekolah. Saya tidak faham Kementerian Pelajaran, adakah pegawai-pegawai tidak nampak atau memang dasar kita membenarkan perkara ini. Walau bagaimanapun, saya sebagai orang yang bertanggungjawab kepada diri saya, agama, bangsa dan tanah air ini, saya menyatakan pendirian saya bahawa patung-patung ini hendaklah dirobohkan, salib-salib ini hendaklah dimusnahkan dan pengaruh-pengaruh gereja di sekolah-sekolah ini hendaklah dihentikan.
Begitu juga dana yang dikumpulkan di sekolah-sekolah ini. Adakah kita mendapat
laporan? Kalau boleh kementerian mendedahkan dana sekolah-sekolah ini. Saya difahamkan
ada sekolah-sekolah ini juga ditaja oleh pihak-pihak gereja. Dana-dananya datang daripada
gereja-gereja dan adakah pihak kementerian pantau sumber-sumbernya? Adakah audit-audit
dilaksanakan?

Labels:

3 Comments:

Blogger E-Tavasi said...

Hmm why he need to complaint about that.. cakap saja negara bebas beragama.. If people don't like that school, then go to another school, don't create this problem to remove that beautiful sign. I think he has no topic to say..inside parliament. :D

5/19/2008 8:07 AM

 
Blogger Nick Phillips (15/03/1967 - 04/11/2022) said...

I blame this on those idiots who voted for them in the first place! We have such incompetent and totally narrow minded leaders up there to 'lead' us. It is no wonder the country is in the sorry state it's in right now ...

6/23/2008 1:58 PM

 
Blogger Belle Edwin said...

WT stoopid YB!! ok kalau bgtu...
robohkan juga lah sekolah pondok n sekolah agama diorg kan...opss..am i too emotional??

9/03/2008 5:12 PM

 

Post a Comment

<< Home